Monday, June 6, 2011

Ayish dan Kak Limah

Mak aihh, susah benor nak update blog padahal awal2 da berkobar2 nak buat blog...citer nie walaupon da basi tapi aku tatap tak bole lupa...masa nie citer Hantu Kak Limah Balik Rumah tengah hot la....so, peristiwa nie berlaku masa aku g antar mak aku kat stesen bas Duta.....malam la....bawa la si Hariz Uzzair ngan Rayyan Ummair nie...mcm biasa si adik yg tembun tu sentiasa didukung oleh Daddynya sedangkan si ayish aku pegang la kan...kecik lagi baru nak masuk 3 tahun kan masa tu...masa kat tempat menunggu bas ramai2 tu macam biasa la si ayish akan berlari2 kat dlm tu...Daddy ngan Ayyan lak berlegar2 kat kaunter and aku ngan mak duduk kat kerusi la sambil perhatikan ayish yg tak reti duduk diam tu....Orang plak memang ramai giler...suma nak balik utara la kan...sebab stesen Duta kan memang utk perjalanan ke utara...so, ayish yg sibuk2 lari sana lari sini tetiba terhenti sambil menjerit "Kak Limahhhh....Kak Limahhhh" lalu patah balik sambil peluk kaki aku (masa tu aku tgh berjalan ikut dia..)..aku pon terkejut la...mana Kak Limah? Dia tunjuk la sorang pompuan duduk kat kerusi depan ngan rambut panjang mengerbang dan badan gaya Kak Limah...aku tengok pompuan tu tak toleh kanan tak toleh kiri...mesti malu kena jerit ngan anak aku...kesian pompuan tu kan....since hari tu aku tahu la anak aku takut dgn Kak Limah...so, if dia buat perangai ckp je nak antar g rumah Kak Limah, tak pon buat2 nak tepon Kak Limah, so, dia akan duduk diam sekejap.....tapi org ckp tak baik usik anak dgn benda2 yg menakutkan kan, bagi aku utk menyelamatkan keadaan anak aku yg kdg2 susah nak dikontrol, perkataan Kak Limah adalah membantu.....


Layanlah video nie, lagu enjet2 semut dan poco2 sekali..



Monday, May 9, 2011

Keluarga Kecil Kami....


Inilah keluarga kecil kami.....Hanya berempat (buat masa nie....)...Daddy, mummy, ayish dan ayyan...susah sgt nak bergambar berempat....Insyaallah, bila ada chance kita akan bergambar berempat lagi....Nak story pasal ayish dan ayyan...tapi next entry la...terlalu banyak nak story sampai tak tahu mana nak start dulu...

Macam mana nak mulakan ya?

Macam mana nak mulakan ya? Aku tak tahu mcm mana nak start blog ni…tapi mcm mana pon aku kena mulakan juga sebab da lama sangat aku tangguh….tangguh…tangguh…dari sehari ke sehari…berganti minggu…bulan dan tahun….sampai apa yg aku nak citer kebanyakannya da basi….Apapon, amatlah penting bagi aku nak citer suma yg aku nak citer kat blog ni…terutamanya pasal insan2 yg penting dlm hidup aku sepanjang 6 tahun nie…(since kahwin Dec 2005)…

Kenapa penting sangat nak memblog? Tujuan utama blog nie diwujudkan adalah utk update development anak2 aku since diorang lahir sampailah sekarang dan pada masa akan dtg….Bole juga dikatakan sebagai diari…supaya bila anak2 aku da besar nanti mereka bole tahu tentang diri mereka semasa baby, kanak2, remaja…dan seterusnya….Insyaallah…

Selain tu, selepas lahirkan Hariz Uzzair (anak yg sulung), aku da jadi seorang yg forgetful…byk perkara yg aku tak ingat…jadi bagi aku blog ni adalah penting supaya dapat rekodkan peristiwa2 penting yg mungkin aku akan lupa pd bila2 masa saja.

Lagi, blog ni tujuannya nak menyimpan gambar2 yg diambil….supaya if kat rumah aku, kat laptop aku, kat kamera aku, kat hp sumanya da takde, atleast kat blog ni masih ada….Insyaallah….

Lagi kenapa aku memblog...sebab hampir sume org ada blog, so, aku pon kena ada blog....(ayat takmo kalah)...tak la....sebab sekurang2nya dgn memblog ni aku bole luahkan rasa happy, sedih, tak puas ati, marah, or ape saje....sb blog ni akan jd pendengar setia aku, dia takkan jemu, takkan bosan....selagi aku menaip kat sini, dia akan terima sahaja....bak kata lain, sbg teman setia aku....

Selain tu, ape2 saje peristiwa atau perkara yg bole dijadikan pengajaran, bole dikongsi bersama....yg baik bole dijadikan panduan, yg buruk dijadikan sempadan....Insyaallah...harap semuanya untuk kebaikan...

Oklah, kat sini dulu, bersambung ke next entry.

Friday, April 29, 2011

Surah Al-Fatihah

Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4Yang menguasai di Hari Pembalasanمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6Tunjukilah kami jalan yang lurus,اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

                                                                                                                                                                 refer : zumaidi@pc.jaring.my ( http://www.ok2it.com)