Tuesday, August 9, 2011

DULU DAN SEKARANG

Asyik entry pasal bdk2, nie aku selit tentang aku plak hehehe…

Kenapa dulu aku kurus sekarang aku gemuk? Ini lah persoalan yang aku tak boleh jawab sampai sekarang..Padahal cara pemakanan aku dari dulu sampai sekarang tak byk bezanya…kenapa dulu aku mkn tgh mlm (pukul 3am sanggup g kedai cari nasi kandar) tak gemuk sdgkan sekarang walaupon aku limitkan dinner aku tak lebih kol 10pm badan aku tatap membesar dgn jayanya…Masa aku kawin berat aku cuma 38kg (BMI = 15.4 = kurang berat) dan sekarang 65kg…huhhh…hampir sekali ganda…masa bersalinkan Ayish pada 33 minggu berat aku 74kg & masa bersalinkan Ayyan (9hari awal dr EDD) cuma 73kg & sekarang 65kg dlm situasi bukan mengandung okehhh….aku da start tension sebab Daddy bdk2 nie da start complain since last year…"Wah, badan awk da sama besar pintu showroom dah" berdesing telinga aku dengar. Dulu masa baru kawin dia selalu cakap “simpati la tgk awk, ada gitar takut patah”….Hmmm, so, di bulan Ramadhan yg mulia ni, aku mengambil kesempatan menunaikan ibadah puasa sambil cuba menguruskan, opps, mengecilkan sket bdn nie….menguruskan tu aku tak pasti bole kurus ke tak, tp mengecilkan sket tu Insyaallah boleh….buktinya sebelum puasa aku timbang berat aku 67kg dan sekarang 65kg. Alhamdulillah seminggu nie da turun 2kg, harap dpt la menurunkan lg sampai raya, jd 2kg X 4 minggu = 8kg (67kg – 8kg = 59kg)..Harap2 bole berjaya….

Nie aku copy & paste dari wanitasihat.com. Sama2lah kita mengira berat ideal kita okehhh.

Penilaian Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI)

POSTED BY DR. WANITAON JANUARY - 18 - 2011
BMI: Nisbah berat badan seseorang dibandingkan dengan ketinggiannya.
·                    Petunjuk ini dapat memberitahu kita sama ada berat badan anda ideal atau tidak, iaitu berpadanan atau tidak dengan ketinggian anda.
·                    Pengiraan ini hanya sesuai untuk orang dewasa sahaja.
Alatan yang anda perlukan untuk mengira BMI anda
·                    Mesin penimbang berat badan
·                    Pita pengukur untuk mengukur ketinggian anda
Langkah Untuk Mengira BMI
1) Ambil nilai berat anda. Ingat! Untuk memastikan nilai yang anda ambil tepat, elakkan memakai kasut atau selipar semasa menimbang. Gunakan timbangan berat badan yang masih berfungsi dengan baik tau. Mana tahu, silap-silap terkejut anda dengan perubahan yang ‘menakjubkan’ berat anda. Hee.
2)   Ambil ukuran tinggi anda. Ambil ukuran dalam meter. Namun, jika anda rasa mudah membaca dalam sentimeter, tukarkan ke dalam bacaan meter dengan membahagikan dengan 100.
3)   Kira BMI anda. Setelah berat badan dan tinggi diperolehi, dapatkan mesin pengira. Hee. Kalau nak congak pun boleh, hihi. Kira berdasarkan formula berikut:
Indeks Jisim Tubuh: (Berat,kg)/ (Ketinggian x ketinggian, m)
Indeks Jisim Tubuh (BMI) :
Contoh : 
Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m,
Mula-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336,
Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan
BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6
4)    Bandingkan BMI anda dengan pengkelasannya
Apabila anda telah memperolehi nilai BMI anda, pastikan dalam kategori mana BMI anda terletak berdasarkan jadual di bawah.
BMI ( kg/m2 )
Pengkelasan
Kurang dari 18.5
18.5 hingga 24.9
25.0 hingga 29.9
30.0 hingga 34.9
35.0 hingga 39.9
40 atau lebih
Kurang berat
Normal / Unggul (ideal)
Gemuk biasa / berat berlebihan
Sangat gemuk (obese) kelas 1
Sangat gemuk kelas 2
Sangat gemuk kelas 3 (morbid)
Jadi, mulakan perhitungan anda!
So, aku da kira BMI aku adalah 26.4 means Gemuk Biasa / berat berlebihan….If pada 30hb August nie memang aku berjaya turun sampai 59kg da kira ideal dah sebab BMI adalah 23.9, tapi lagi 1 da nak cecah maksimum so, sila jgn nak bersuka ria if da berjaya dgn 59kg tuh.

Memandangkan kawan aku, Diana turut mengalami masalah yg sama, di bulan puasa nie kami da buat agreement (siap ada witness) untuk kurangkan minimum 10kg (mampukah aku?). Tunggu dan lihat je lah……

Nie pic aku dulu dan sekarang….byk bezanya kan….


 Pic bertudung atas sekali tu ialah pada tahun 2005, pic nie masa pergi kursus kahwin kalau tak silap aku kat Jln Pasar, KL. Keempat2 pic yg tengah tu adalah selepas kahwin..kurus kering time tu...& yg bawah sekali masa wedding (baju maroon) & beberapa bulan sebelum wedding tgh pilih2 baju pengatin masa tu (tp amik kat butik lain)



Ini adalah pic antara tahun 2008 - 2011 yg mana badan aku telah membesar dgn jayanya. Pic pertama kat Blue Wave Shah Alam, masa nie Ayish da umo lebih kurang 4 bulan. Pic kedua yg kat meja makan tu kat office lama aku kat Jln Ampang tahun 2008 gak. Pic ke3, 4, 5, 6 adalah tahun 2010 dan 2 yg terakhir adalah paling baru masa wedding anak sepupu aku kat Tmn Melati dan pic aku bersama kwn baik aku Diana, kat office.



**Kebanyakan pic adalah muka sahaja sbb harap maklum....

Jadi aku harap aku akan terus bersemangat utk kuruskan badan lepas nie...& dpt balik figure mcm dulu....Aminnnn.....

No comments: