Monday, May 9, 2011

Keluarga Kecil Kami....


Inilah keluarga kecil kami.....Hanya berempat (buat masa nie....)...Daddy, mummy, ayish dan ayyan...susah sgt nak bergambar berempat....Insyaallah, bila ada chance kita akan bergambar berempat lagi....Nak story pasal ayish dan ayyan...tapi next entry la...terlalu banyak nak story sampai tak tahu mana nak start dulu...

Macam mana nak mulakan ya?

Macam mana nak mulakan ya? Aku tak tahu mcm mana nak start blog ni…tapi mcm mana pon aku kena mulakan juga sebab da lama sangat aku tangguh….tangguh…tangguh…dari sehari ke sehari…berganti minggu…bulan dan tahun….sampai apa yg aku nak citer kebanyakannya da basi….Apapon, amatlah penting bagi aku nak citer suma yg aku nak citer kat blog ni…terutamanya pasal insan2 yg penting dlm hidup aku sepanjang 6 tahun nie…(since kahwin Dec 2005)…

Kenapa penting sangat nak memblog? Tujuan utama blog nie diwujudkan adalah utk update development anak2 aku since diorang lahir sampailah sekarang dan pada masa akan dtg….Bole juga dikatakan sebagai diari…supaya bila anak2 aku da besar nanti mereka bole tahu tentang diri mereka semasa baby, kanak2, remaja…dan seterusnya….Insyaallah…

Selain tu, selepas lahirkan Hariz Uzzair (anak yg sulung), aku da jadi seorang yg forgetful…byk perkara yg aku tak ingat…jadi bagi aku blog ni adalah penting supaya dapat rekodkan peristiwa2 penting yg mungkin aku akan lupa pd bila2 masa saja.

Lagi, blog ni tujuannya nak menyimpan gambar2 yg diambil….supaya if kat rumah aku, kat laptop aku, kat kamera aku, kat hp sumanya da takde, atleast kat blog ni masih ada….Insyaallah….

Lagi kenapa aku memblog...sebab hampir sume org ada blog, so, aku pon kena ada blog....(ayat takmo kalah)...tak la....sebab sekurang2nya dgn memblog ni aku bole luahkan rasa happy, sedih, tak puas ati, marah, or ape saje....sb blog ni akan jd pendengar setia aku, dia takkan jemu, takkan bosan....selagi aku menaip kat sini, dia akan terima sahaja....bak kata lain, sbg teman setia aku....

Selain tu, ape2 saje peristiwa atau perkara yg bole dijadikan pengajaran, bole dikongsi bersama....yg baik bole dijadikan panduan, yg buruk dijadikan sempadan....Insyaallah...harap semuanya untuk kebaikan...

Oklah, kat sini dulu, bersambung ke next entry.